Sunday, January 31, 2010

Susu ku Masih Ada

Nak share cerita gembira aku di sini
Kalau dikira2 sudah 5 bulan afiq stop breastmilk.
Dan dalam fikiran aku, mungkin susu dah x ader
Tapi meleset sama sekali
Susu ku masih ada
Walaupun hanya beberapa titis cuma
Namun cukup buat aku happy tersangat2
Bagaikan memberikan aku satu harapan
Untuk menyusukan semula Afiq dengan susu ibu
Tapi mana mungkin Afiq akan menyusu secara direct
Sebab setiap kali aku suakan putingku ke mulutnya
Pasti dia tolak+palingkan muka=tanda x mahu
Huuuuu bila pikir balik
Bagai hancur+kecewa pulak rasanya
Bolehkah aku menyusukan dia dengan hanya menggunakan pump??
Pengeluaran susu bagaimana pulak nanti?
Ohhhh sungguh x keruan aku dibuatnya
Baru je tadi happy sbb susu belum kering sepenuhnya
Ini datang pulak masalah yang boleh membantutkan usaha aku utk berikan yang terbaik kepada Afiq.
Kepada sesiapa yang arif tentang bf, tolonglah aku...
Lagi satu, setiap kali aku start mengepam ( masa bf kan afiq satu masa dulu ) aku mesti jadi cepat dahaga. Adakah itu normal? Ohh sungguh aku kurang pengetahuan tentang penyusuan susu ibu.
Aku mohon bantuan.
Help Me!!!!

1 comment:

  1. zana, lia xde pengalaman ni tp berdasarkan pembacaan, kena pujuk afiq beransur2 utk direct bf.. sekali sehari suakan nenen, then kerapkan kepada 2x sehari & seterusnya....

    if dia xnenen pon, biasakan dia dgn bentuk, bau nenen kita sendiri... di samping doa padaNYA...

    insyaAllah....

    lg satu, kalau direct bf @ pump, mmg mudah dahaga... itu normal okeh...

    *lia xley slalu blogging skng hu3...

    ReplyDelete