Sunday, March 21, 2010

Banyak Cerita

Sudah bersawang-sawang blogku ini. Terasa aku memang dah abaikannya hinggakan jarang-jarang sekali aku menjengahnya. Huuuu ke mana perginya kerajinanku dulu yang selalu meng'update' di teratakku ini?? Ke mana? Ke mana?? Oh! aku sendiri tidak dapat mencari jawapannya.

Udah, apa pulak yang aku merepek nih?? Ok ok cepat cerita apa yang nak diceritakan tadi. (masa tgh sibuk clearkan sinki, dlm fikiran terdetik utk berblogging seketika. hehehe sempat lagi tuh.:P)

Balik Kampung

Memandangkan minggu lepas cuti sekolah +urusan keluarga, aku bersama ammar+afiq tinggal di rumah kembarku. Petang Isnin, cik hubby hantar kami ke Parit Buntar. Seronok x kiralah berbudak tu dapat pegi rumah acu na. Ammar memang manja dengan paksunya. Sampaikan paksu nak pegi kerja pun dia nak ikut sama. Afiq pulak seronok bermain dengan sepupunya Alya. Ini ada kisah tentang afiq, jap lagi aku citer k.

Rabu pagi, kami bertolak ke Gerik. Kami berkumpul 10 beradik di rumah kakak sulungku. Tengahari dapatlah makan besar bersama-sama dan lauknya semuanya ikan. Ikan fresh lagi tau. So memang sedap lah. Terasa sukar dapat berkumpul sebegitu selepas ketiadaan bonda tercinta. Lagipun semuanya sudah berkeluarga. Tak lama di Gerik, malam tu jugak kami berangkat pulang. Pukul 12 mlm baru sampai rumah n terus zzzzzz.

Malam Jumaat, cik hubby amik kami coz nak balik Batu Kurau. Dekat 2 bulan aku dengan anak-anak x dapat balik sebab kesihatan anak-anak kurang sihat. Kalau apa-apa hal, cik hubby balik sorang je. Kali ini Alhamdulillah anak-anak dapat berjumpa dengan tok+tokwannya. Lagipun aku tahu MIL+FIL terlalu rindukan cucu2nya. Ammar+afiq sudah tiada atok+tokwan (mak+ayahku) jadi tinggal tok+tokwan (sebelah cik hubby) tempat diaorang menumpang kasih sayang. Kesian anak-anakku.

Kami balik pun x lama sebab ahad, cik hubby ada kerja. So petang sabtu, kami bertolak balik ke SP. Sementara tu, sempat jugaklah aku bertemu dengan ex-huosemate aku di Taiping. Lagipun kawanku ini belum pernah ketemu dengan afiq. Lepas tu, kami pusing2 bandar taiping+singgah ke tesco taiping jap (kalau tak pegi, ammar merajuk pulak nanti.:P) Lewat malam baru sampai SP+dalam perjalanan hujan lebat+rest jap sebab driver mengantuk.


Ammar

Dah lama x cerita pasal ammar kan. Alhamdulillah sekarang nie aku dah boleh harapkan dia. Dah boleh ikut apa yang kita sebut. Kekadang terkuar dari mulutnya sebut nama afiq. bila aku kata bird, dia sebut be, ammar jadi ama, huruf 'r' dah hilang. Hehehehe.


Dah faham arahan dah sekarang nie. Aku bersyukur sangat2 walaupun pertumbuhannya agak lambat sikit, tapi kini aku boleh menarik nafas lega sebab dia dah x nakal macam dulu lagi. Cuma kalau nak susu, still bagi botol kat aku lagi. Bila aku suruh sebut "nak susu", dia buat x tahu je. Ish ishh budak nih!!


Afiq

Si adik kini nak amsuk 10 bulan. Lagi 2 bulan genap setahun umurnya. Sekejap betul rasanya sudah besar anak ke-2 ku ini. Adik memang bertubuh sungguh. Walaupun x kuat makan, tapi kuat menyusu. Pipinya makin tembam. Bila tengok muka dia, eeee geram je rasa. Nak cubit2 pipi tu. Sudah boleh berdiri+meniti kat dinding. Cepat sikit dari si abang. Tapi lebih buas dari abangnya.


Suka memanjat badanku kalau aku tengah baring. Dan yang paling terkini, adik sudah pandai membuli ( macam kejam je perkataan nih kan.:)) Sepupunya alya+farah(sebaya dgn ammar) cukup takut dengan adik. Ye lah dia berbadan besar, so suka betul buli budak yang berbadan kecil. Kekadang si abang pun jadi mangsa. Dia suka tengok gambar baby dan aku rumuskan dia nih memang sukakan baby. Bila tengok gambar baby je, senyum+ketawa keriangan. Suka sungguh dia tau.

Tuesday, March 2, 2010

Kemaruk

Haaaa aku kemaruk cinta... Ishh ishh biar betul nih??? Idak ler, sebenarnya sekarang nie aku kemaruk menjahit. Jadi gian la pulak. Asyik nak menjahit je kerjanya..

Bermula menjahit seluar hubby yang koyak, so dah dapat pegang mesin jahit, memang susah nak lepas. TAPI bila dah boring menjahit, haaaa mulalah suma jahitan jadi serba x kena. Bila KEMALASAN sudah hinggap, tengok mesin jahit pun dah x selera. Hahaha

Sekarang nie aku dalam proses wat langsir baru. Belum raya dah tukar?? X kisah lah, klu tunggu raya, kot aku jadi malas nak buat sebab posa kan.. Tengoklah kot ade rezeki lebih, ( kot hubby baik hati izinkan aku wat langsir lagi ), dalam bulan 5, aku wat lagi..

Cewah2 cakap macam pandai bebeno wat langsir ye. Hihihi boleh la sikit2. Tapi aku wat simple2 je, coz memang x amik kursus utk jahit langsir pun. Just ade basic menjahit wat baju kurung tu ader la. Bila dah ade basic, memang x ader masalah dah. Kaki+tangan leh handle mesin, itu dah kira ok dah tuh.. Aku still guna mesin jahit manual lagi. :) Saja malas nak mintak hubby beli yg letrik tu, sebab buatnya dia beli, aku x guna. Maunya nanti dia bla bla bla kat aku. Lagipun mesin yang aku guna sekarang, still berada didalam keadaan baik lagi. So x yah membazir k....

Aku memang minat nak belajar wat langsir yang berfesyen2 tuh.. Bila tengok je, mulalah pasang angan2 nak wat cam gitu. Tapi pikir2 balik, kena amik kursus gak nanti, sebab bila ader pakar yang ajar, baru tahu cara2nya. Entah bilalah agaknya ya?? Aku TERINGIN SGT....

Ok kali nie aku pilih warna peach. Sudah 2 tahun warna coklat, so kita beralih angin pulak lah..Untuk tingkap depan dah siap tadi. Lega... Tapi entah macamana leh rasa nak wat langsir untuk bilik utama+bilik ke2 lah pulak. Hehehe so setelah dipujuk2 dapatlah pergi nagoya beli kain langsir lagi.. Ingat nak wat malam nih, tapi si debab tu pulak tido lambat, so aku tangguh buat besok je lah..