Sunday, March 21, 2010

Banyak Cerita

Sudah bersawang-sawang blogku ini. Terasa aku memang dah abaikannya hinggakan jarang-jarang sekali aku menjengahnya. Huuuu ke mana perginya kerajinanku dulu yang selalu meng'update' di teratakku ini?? Ke mana? Ke mana?? Oh! aku sendiri tidak dapat mencari jawapannya.

Udah, apa pulak yang aku merepek nih?? Ok ok cepat cerita apa yang nak diceritakan tadi. (masa tgh sibuk clearkan sinki, dlm fikiran terdetik utk berblogging seketika. hehehe sempat lagi tuh.:P)

Balik Kampung

Memandangkan minggu lepas cuti sekolah +urusan keluarga, aku bersama ammar+afiq tinggal di rumah kembarku. Petang Isnin, cik hubby hantar kami ke Parit Buntar. Seronok x kiralah berbudak tu dapat pegi rumah acu na. Ammar memang manja dengan paksunya. Sampaikan paksu nak pegi kerja pun dia nak ikut sama. Afiq pulak seronok bermain dengan sepupunya Alya. Ini ada kisah tentang afiq, jap lagi aku citer k.

Rabu pagi, kami bertolak ke Gerik. Kami berkumpul 10 beradik di rumah kakak sulungku. Tengahari dapatlah makan besar bersama-sama dan lauknya semuanya ikan. Ikan fresh lagi tau. So memang sedap lah. Terasa sukar dapat berkumpul sebegitu selepas ketiadaan bonda tercinta. Lagipun semuanya sudah berkeluarga. Tak lama di Gerik, malam tu jugak kami berangkat pulang. Pukul 12 mlm baru sampai rumah n terus zzzzzz.

Malam Jumaat, cik hubby amik kami coz nak balik Batu Kurau. Dekat 2 bulan aku dengan anak-anak x dapat balik sebab kesihatan anak-anak kurang sihat. Kalau apa-apa hal, cik hubby balik sorang je. Kali ini Alhamdulillah anak-anak dapat berjumpa dengan tok+tokwannya. Lagipun aku tahu MIL+FIL terlalu rindukan cucu2nya. Ammar+afiq sudah tiada atok+tokwan (mak+ayahku) jadi tinggal tok+tokwan (sebelah cik hubby) tempat diaorang menumpang kasih sayang. Kesian anak-anakku.

Kami balik pun x lama sebab ahad, cik hubby ada kerja. So petang sabtu, kami bertolak balik ke SP. Sementara tu, sempat jugaklah aku bertemu dengan ex-huosemate aku di Taiping. Lagipun kawanku ini belum pernah ketemu dengan afiq. Lepas tu, kami pusing2 bandar taiping+singgah ke tesco taiping jap (kalau tak pegi, ammar merajuk pulak nanti.:P) Lewat malam baru sampai SP+dalam perjalanan hujan lebat+rest jap sebab driver mengantuk.


Ammar

Dah lama x cerita pasal ammar kan. Alhamdulillah sekarang nie aku dah boleh harapkan dia. Dah boleh ikut apa yang kita sebut. Kekadang terkuar dari mulutnya sebut nama afiq. bila aku kata bird, dia sebut be, ammar jadi ama, huruf 'r' dah hilang. Hehehehe.


Dah faham arahan dah sekarang nie. Aku bersyukur sangat2 walaupun pertumbuhannya agak lambat sikit, tapi kini aku boleh menarik nafas lega sebab dia dah x nakal macam dulu lagi. Cuma kalau nak susu, still bagi botol kat aku lagi. Bila aku suruh sebut "nak susu", dia buat x tahu je. Ish ishh budak nih!!


Afiq

Si adik kini nak amsuk 10 bulan. Lagi 2 bulan genap setahun umurnya. Sekejap betul rasanya sudah besar anak ke-2 ku ini. Adik memang bertubuh sungguh. Walaupun x kuat makan, tapi kuat menyusu. Pipinya makin tembam. Bila tengok muka dia, eeee geram je rasa. Nak cubit2 pipi tu. Sudah boleh berdiri+meniti kat dinding. Cepat sikit dari si abang. Tapi lebih buas dari abangnya.


Suka memanjat badanku kalau aku tengah baring. Dan yang paling terkini, adik sudah pandai membuli ( macam kejam je perkataan nih kan.:)) Sepupunya alya+farah(sebaya dgn ammar) cukup takut dengan adik. Ye lah dia berbadan besar, so suka betul buli budak yang berbadan kecil. Kekadang si abang pun jadi mangsa. Dia suka tengok gambar baby dan aku rumuskan dia nih memang sukakan baby. Bila tengok gambar baby je, senyum+ketawa keriangan. Suka sungguh dia tau.

1 comment: