Saturday, February 27, 2010

Tuesday, February 2, 2010

Bila Anak Masuk Ward (part3)

Dalam sejarah blogging, aku wat entri ada sambungan. Huuuu padahal bukannya panjang sangat ceritanya, cuma aku ter'amat' tersuntukan masa. Maklum sajalah sekarang nie Afiq dah pandai merangkak, jadinya abis satu rumah dijejakinya+join abang tolong 'kemas' rumah.

Part 2 aku sempat letak gambar je. Itu semua gambar hari pertama ( malam isnin 27/12). Kesian kan tengok muka ammar yang sampai bengkak2 mata sebab menangis semalaman. Aku kena sentiasa ada disisinya. Tak boleh berenggang langsung. Ingat lagi masa 1st time nak gunakan gas tu, mengamuk x kira. X mau nurse sarungkan. So nurse memang serah kat aku je untuk buat. Alhamdulillah nangis kejap je, pastu sambung tido balik.




Ammar still x leh terima suasana di dalam ward. Mujur jugak lah aku bawakkan mainan untuk dia. Dah dapat kereta mainan, lega lah sikit. Tak lah dia ingat tangan yang berbalut tu. Waktu siang, Abi bawak Afiq datang hospital. Dan dek kena air-cond, afiq start batuk. Naik risau pulak aku tengok. Sampaikan doktor amik nama afiq letak dalam rekod+ berjangkit dari abang dia.



Hari kedua, Ammar dah beransur pulih, dah x menangis sangat dah. Dah mula aktif+melompat atas katil. Tapi itu lah, still kurang berselera untuk makan. Bancuh susu, mesti x abis. Hanya minum 2-3oz sahaja. Hari mula2 tu, menangis mintak aku bukak balutan sebab nak isap jari. Tapi entah macamana kan hari ke2 tu, dia dapat isap jari walaupun tangan berbalut. Maybe baru dia tahu hanya ibu jari x kena balut. Masa menangis, jadi blur mati2 ingat x boleh isap jari. Hahaha




Aku pun ingat bila tangan dah berbalut tu, mungkin dapatlah dia stop isap jari. Alih2 dapat pulak. Kalau aku tahu lah, mau je aku suruh doktor balut ibu jari tu sekali. Huuuuu Oklah aku stop takat nie dulu, Kepala sudah pening daaa.