Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidiladha

Salam semua,

Di sini kami sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada mereka yang mengenali kami. Kami jugak ingin menghulur kemaafakn seandainya ada salah dan silap,sengaja atau tidak sengaja. Jutaan kemaafan kami harapkan.

Tahun nie kami beraya di GERIK PERAK (rumah my sister). Saja nak berubah angin beraya di sana pulak.

note:- maaf ucapan terlalu pendek coz kesuntukkan masa. Barang x packing lagi. Huhuhuhu

Tuesday, November 17, 2009

Bukan Tak Nak!!!

Sekarang nie memang payah sikit nak update blog. Oh banyak sungguh dugaannya selain penyakit 'M' nie x reda-reda lagi melanda diri ini. Korang nak tahu ke? Kalau x nak tahu pun, aku akan tetap bagitahu jugak. Hahahaha

Actually laptop kesayangan aku nie wat hal. Key 'space' x makan. Jenuh la nak menaipnya coz kena press kuat baru mau jalan. Sakit tangan ooooo. Jadinya memang azab la kalau nak update citer panjang-panjang. Apa-apa pun, aku cuba jugak la ye. Lagipun kan 'rumah baru', kalau kosong je ( bersawang ) x syok jugak kan kan.

Minggu lepas minggu yang memenatkan bagi....cik abang. Hehehe bukan aku tau. So nak dipendekkan citer, hari jumaat keje macam biasa la. Lepas tu kejap pukul 8 pm. Setengah jam pastu pegi pulak keje sampai pukul 8 am besoknya. Bayangkan my hubby x tido 24 jam. Kesian kan.

Dan yang sebenarnya kami dah plan nak balik kampung jumaat malam tu. So aku dah packing beg la. Tunggu punya tunggu, hubby x balik gak. Pagi sabtu baru kami balik. Kat kampung pun hubby dapat tido 2 jam saja. Petang tu jugak kami balik SP. Disebabkan keje x settle lagi, hubby masuk keje pulak pukul 12 am until 8 am hari ahad. Lagilah aku kesian kat dia coz 2 hari keje x berenti. Tido 2 jam je.

Akibatnya hari isnin, hubby amik mc coz penat sangat sebab x cukup tido. Memang cik abang tu qada' cukup2 tidurnya.:) Anak-anak pulak x banyak ragamnya sebab dah biasa siang malam dengan ummi je. Dalam dok penat-penat tu, sempat jugak lah perabih duit untuk beli barang keperluan rumah mahupun untuk diri sendiri. Yang syoknya sapa lagi budak berdua tu la. Sehari mesti kena bawak gi jalan-jalan, kalau idak, mulalah buat perangai terutama si abang tu. Si adik pun dah mula menunjukkan peel yang suka berjalan-jalan naik car tu. Aduhaii

Friday, November 6, 2009

Rajin Datanglah!!!!!

Uhuks semalam kan main lagi berazam nak rajin-rajinkan diri update blog ku yang tercinta nih. Tup tup tup malas datang bertandang lagi. Ishhh asyik malas je, apa nak jadi nih. Buat masa nie x dapatlah nak buat coretan yang meleret-leret, (huuuu penah ke aku buat???) sebabnya key space laptop nie tengah sakit. Kena press kuat sikit, baru jalan. Aduhaiii kalau tahu kat abang,apa la dia nak kata ye???

Minggu nie asyik hujan je. Alhamdulillah hujan tu kan rahmat, (bak kata opah upin & ipin) so mata pun asyik rasa ngantuk je. Afiq memang kuat tido, tambah hujan, lagi berganda-ganda la mood tido si bam bam aku tu. Ammar pun kuat gak tido sekarang ni. Biasanya hanya sekali je dia tido waktu siang. Tapi akhir-akhir nie 2x tido waktu siang. Tido lama pulak tu, 3 jam setiap sesi. Aku???? Siang memang x tido dah. Pendek kata dah x reti tido waktu siang.:P

Thursday, November 5, 2009

'Dia' Yang Lama Aku Tinggalkan

Bagaikan aku sudah menemui jalan pulang. Kini aku telah kembali setelah lama aku tinggalkannya. Sesekali aku hanya menjengah sahaja. Tiada hati untuk mencoretkan apa-apa saja mengenai diriku dan kehidupanku. Namun kini aku akan cuba untuk mencoretkan kisahku kembali. Terlalu banyak kisahnya hinggakan tidak tahu untuk memulakannya. InsyaAllah dipanjangkan umur, kita pasti akan bertemu lagi. Sambutlah salam persahabatan ini duhai teman-temanku....

Update Afiq @ 5 Mos




-gelagat adik masa mula2 pandai meniarap. hehehe comel sungguh si bam bam ummi niee....-

Wednesday, November 4, 2009

Berpindah

Dari my life, aku 'terpaksa' berpindah ke rumah baru.Huuuu memang sedih sebab tinggalkan rumah lama. Banyak kenangan di situ. So kengkawan, selamat datang ke my new house!!!!