Thursday, December 31, 2009

Back Home

Sungguh berbunga-bunga hati aku hari nie sebab dah balik ke rumah setelah 5 hari aku tinggalkan. Bukan sengaja tapi bersebab yang memang x dapat dielakkan lagi. Wah-wah beriya2 nak bercerita nie. Tapi, hehehe cam biasa lah, akan aku tangguhkan dulu. Penat x hilang lagi, ditambah melihat rumah yang dah macam baru lepas kena ombak tsunami. Uwaaaa nak menangis rasanya..

Saturday, December 26, 2009

No Tajuk

Boring!
Boringg!!
Boringggg!!!

Tuesday, December 8, 2009


Semalam aku+cik hubby buat operasi tergempak. Jeng jeng jeng..... Apa dia ek? Haaa operasi botakkan kepala abang Ammar. Huuuu macam biasa la memang mencabar betul. Nak dijadikan cerita, Abi ajak Ammar mandi. Amboi bukan main xcted lagi budak tu bila diajak mandi. Terus mengekor Abi ke bilik mandi. Hehehe seronok nak main air la katakan. Dia tak tahu padahal Abi+Ummi nak potong rambut dia. Bila Abi start potong rambut guna mesin yang selalu kedai gunting rambut guna tu lah, bermulalah adegan airmata. Dok uwaaa uwaaa sepanjang proses botakkan kepala budak tu haa. Peranan aku, kena pegang kedua-dua tangan Ammar. Takut dia tepin mesin tu, x pasal2 jadi kes lain pulak. Dalam masa tu, aku nie dok pujuk-pujuk la supaya stop nangis. Ya Allah memang mennagis sungguh sampai mengigil2 badan dia. Kesian gak aku tengok. Tapi nak buat macam amana kan, kalau gunting di kedai, lagi x sanggup aku tengok. Kang x pasal2 jadi tontonan orang ramai pulak. Apa ke halnya ada budak meraung dalam kedai gunting rambut tu nanti. Lepas selesai operasi tu, aku mandikan dia. Mujurlah Afiq tengah tido, kalau idak, lagi kelam kabut aku dibuatnya. Huuuuu tapi wa manyak sedey lor, hubby gondolkan terus kepala Ammar. Langsung x ensem aku tengok. Uwaaa uwaaa ( aku pulak yang menangis ).


Gelagat ammar slps dibotakkan, tangan dok gesel2 kat kepala. Geli la tuh. Hehehe



Tuesday, December 1, 2009

Ulangtahun Kelahiran Ammar Yang Ke-2

Sepatutnya aku buat entry nie semalam, tapi dek kerana kebizian aku (betul sangat la tuh!! ), so aku buat pagi nie. Hehehe kalau buat petang nanti, gamaknya memang xkan buat punya lah.

Semalam 1 Disember 2009 genaplah usia anak sulungku, Ammar 2 tahun. Sekejapnya masa berlalu. Tup-tup Ammar dah 2 tahun. X berasa langsung. Alhamdulillah aku bersyukur sangat dikurniakan anak bernama Ammar ini. Biarpun sekarang aku dalam kerisauan sebab Ammar still lagi x boleh bertutur Dalam bahasa melayu ( still cakap bahasa yang orang x boleh paham ), namun aku x putus berdoa agar Ammar jadi seperti kanak-kanak lain. Hati ibu mana yang x resah dengan keadaan anak yang begitu. Macam dulu aku risau Ammar dah setahun lebih tapi x leh berjalan lagi. Alhamdulillah dalam usianya 16 bulan, dia boleh berjalan macam kanak-kanak lain. Sekarang dah berlari, melompat-lompat. Aku bersyukur sangat-sangat.

Tahun nie macam tahun lepas jugak, x bagi apa-apa pun kat Ammar. Cuma malam raya aidiladha yang lepas, sempat la kami sambut birthday Ammar kat rumah kakak aku. Ramai, meriah la sikit. Itupun Ammar buat x tahu je. Suruh potong kek pun x nak, sebab nak main. last-last aku jugak yang potong (hehhehe macam birthday aku la pulak ).

So korang layan je lah gambar-gamabr di bawah ini ye. Ok see again....

Ammar bersama ummi tersayang

Tengok lah x nak duduk diam budak Ammar nie. Ishh ishhh!!