Wednesday, January 27, 2010

Spek Mata

....suatu masa dulu ( dibangku sekolah ) aku memang sinonim dengan spek mata. Start pakai masa darjah 6. Orang yang pakai spek selalunya disebabkan rabun. Hehehehe betul lah tu. Yup memang aku rabun pun..

Sejak 2 menjak nie kawan2 aku kerap tanya kenapa aku dah x pakai spek. Rabun dah hilang ke?? Hahaha depa pelik sungguh bila tengok gambar aku yg dah x mengenakan spek mata. Depa pulak yang la nie kena pakai spek. Aku pulak yang pelik sebab masa kat sekolah dulu, depa nie x pakai pun+x ader masalah rabun..Entah laa....

Ssatu perkara yang kebanyakkan kenalan aku x tahu. Bukan mahu mintak rasa simpati atau apa2, cuma sekadar berkongsi rasa dan perasaan. Cewahhh Sebenarnya aku melihat dengan SEBELAH MATA sahaja. SERIUS aku x tipu. Mata sebelah kiri. Yang sebelah kanan dah rosak sejak kecil lagi. Dulu masa kecil2 aku memang x tahu pun. Sampailah satu masa bila abang aku dok tanya pasal mata aku. Huuuuu bila dengar je pasal mata aku, mulalah airmata menitis. X tahu kenapa...

Namun aku bersyukur kerana aku masih diberi nikmat untuk meliaht keindahan+kebesaran ciptaan-Nya. Aku bruntung kerana masih boleh melihat daripada mereka yang x dapat melihat langsung. Aku berSYUKUR SANGAT kerana DIA memberikan nikmat ini kepada diriku. ALHAMDULILLAH...

Berbalik cerita pasal spek tadi ( alamak, dah berterabur ayat2 aku ni ) sebenarnya aku start x pakai spek masa pregnantkan Ammar. bukan apa bila pakai je, aku jadi sakit kepala. Kesudahannya lps bersalinkan Ammar+pregnantkan Afiq+sekarang aku dah jarang sangat pakai spek. Hehehe sebab tu lah bila sesekali aku pakai, anak2 aku tengok semacam je. Lepas tu mula lah nak tarik2 spek mata aku nie. Tu la sapa suruh x pakai. Hahahaha

2 comments:

  1. soklan.... mmg mata sebelah 2 xley nmpk lngsung ker? boleh tau cmner boleh jadi mcm 2?

    ReplyDelete
  2. lia, mata yg sebelah tu mmg kabur sgt2. zana x penah pg check kat doktor pun. x tahu lah, maybe sejak lahir lg kot..

    ReplyDelete