Thursday, January 21, 2010

Bila Anak Masuk Ward (part 1)

Dah lama dah aku nak wat entry nie, tp tu la asyik tertangguh je. So cerita pun dah basi. Tapi x aper lah, aku cerita jugak lah ye.

Nak dijadikan cerita 3 hari selepas kami sekeluarga ke Kuala Lumpur ( cuti-cuti malaysia ) pertengahan bulan disember, Ammar demam. So macam biasa bawak gi klnik panel. Doktor bagi ubat demam, selsema, batuk & antibiotik. 2 hari lepas tu, panas badannya sekejap surut, sekejap panas balik. Aku memang dah panik nie. Yer lah kesian aku tengok dia macam x bermaya je. Bawak gi klnik panel lagi sekali+mintak wat surat untuk refer kat hospital panel pulak.

Hari ahad, Abi nak bawak FIL+MIL gi kenduri kawin. Aku mintak izin nak dok rumah adik sementara hubby gi kenduri. Dok sorang2 kat rumah pun payah gak sebab takut jadi apa2 kat Ammar, aku nak mintak tolong kat sapa. Malam, sebelum balik SP, check suhu badan Ammar-40 darjah.

Apa lagi kelam kebut balik SP + terus gi hospital. Aku bagitahu dah demam 5 hari+cirit birit 5-6x sehari. Nak xnak, doktor kena tahan Ammar masuk wad. Dengar jeritan Ammar, hati seorang ibu memang tersentuh sangat. Aku menitis airmata dengar Ammar meronta2 xnak nurse pegang dia ( cucuk tangan utk masuk air ).

Disebabkan dia xnak dengan org lain, so dengan sekali-kali aku, depa usung naik kerusi roda. Sekali lagi Ammar buat tunjuk perasaan masa nak buat X-ray. Dok menangis x berhenti. Aku nie dah abis pujuk dengan dia. Memang x makan saman langsung.

Sepanjang malam menangis x berhenti. Dia hulur tangan yang berbalut tu kat aku. Disuruh buka, aku pun bagitahu, ' mana leh bukak sayang, nanti doktor marah." Dia x endahkan cakap aku, mintak jugak dibukak balutan tangan tu.

......bersambung

2 comments:

  1. lia yg sedey baca...

    sbb lia pon ada pengalaman mcm ni... biler anak merayu2 mintk sesuatu tp xmampu nk bg... rasa mcm useless sgt2...

    tp utk kes zana... zana kena kuat sbb Ammar perlukan ibu dia kuat supaya dia cepat sembuh... kan?

    ReplyDelete
  2. bila dah jadi ibu, barulah kita tahu betapa besarnya pengorbanan seorg ibu. Sanggup berkorbab apa saja demi anak2. Alhamdulillah dia dah sihat. tp still kena pi hospital utk follw up..

    ReplyDelete