Friday, January 15, 2010

Setia Menanti...

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku diberi peluang untuk update blog nie. Agak jarang aku mengendahkan blog aku yg satu ini. Hehehe entah penyakit 'M' yg makin merebak dlm badanku ini akan hilang ye. Huuuu sungguh kemalasan aku dibuatnya.



Terasa jeles melihat member2 blog still setia mengupdate blog. Mencoretkan kisah kehidupan masing2. Begitu jugak dengan aku (masa dulu lah.. ). Entah mengapa dan kenapa diri ini terlalu berat untuk melakukannya sedang pada satu masa dulu, boleh dikatakan setiap hari( ye ke??? ) aku menjengah blog kesayanganku ini.



Sayang terasa terpaksa meninggalkan 'teratak lama' yang didalamnya terlalu banyak coretan kehidupanku. Namun apakan daya, benda yang kita sayang adakalanya harus ditinggalkan. Uwaaa



Aduh apa yang aku merepek malam2 nie. Sebenarnya aku kebosanan ditinggalkan cik abg yg sekarang bersama rakan2 tengah reheaser(betul ke ejaan nie) utk presentation besok. Adik Afiq dah lama dibuai mimpi-penat seharian dok dlm kereta je. Begitu jugak dengan Abang Ammar selepas puas bermain bersama ummi, baru aje lelapkan mata. Aku???? Tunggu cik abg balik, baru tido kot-coz td pesan belikan mee goreng-tetiba rasa lapar la pulak. Abang, cepatlah balikk....







-catatan dari De Palma Hotel (Shah Alam)

Wednesday, January 13, 2010

SAHM (entry ulangan)

Dah lama aku nak wat enrty pasal SAHM nie. Cuma masa x mengizinkan. Sampailah terdetik hati aku bila baca komen Kak CT tadi.
Ramai orang kata wanita yang jadi surirumah sepenuh masa nie, beruntung. Yup aku x nafikan. Mana tidaknya, semua kerja rumah bolleh dibereskan pada bila-bila masa saja. Tak perlu masa yang terhad untuk kemas rumah, basuh baju, memasak, dll.
Tentang anak, memang x jadi hal. Sendirian berhad kita jaga sendiri. Anak membesar depan mata kita. Bagi anak yang dah bersekolah, kita lah yang uruskan semuanya sekali. Boleh pantau kegiatan anak-anak. Masa untuk bersama pun x ada had. 24/7. Huhuhu seronokkan.
Tentang suami, waktu pagi kita hantar ke muka pintu dan petang pulak kita sambut kepulangannya. Boleh buat hidangan minum petang. Banyak masa yang ada untuk prepare diri sebelum suami balik dari kerja. Hilang penat lelah seharian di tempat kerja bila isteri dapat melayan suami.
Tak kurang jugak ada yang kata, mudahnya jadi surirumah. Tak payah nak pikir pasal kerja, x ada orang nak marah, bagi arahan buat itu, buat ini dan sebagainya. Tapi yang paling aku x setuju, bila ada yang kata bila jadi surirumah nie lebih banyak rehat. Ye ke? Setahu aku jadi surirumah nie 'non-stop'. Ada je kerja yang perlu disettlekan. Kadang-kadang tu, pening jugak dibuatnya.Kerjaya sebagai surirumah bukan pilihan utama aku. Namun aku redha. Hubby pun x ada lah pulak paksa aku untuk bekerja. Dia lebih suka aku dok rumah uruskan hal rumahtangga.
Bukan aku x pernah bekerja, cuma x lama. Lepas kahwin, aku x ada peluang. Pregnant awal, kena alahan teruk pulak tu. So aku korbankan je lah demi hubby dan Ahmad Ammar.Bila jadi surirumah nie, sumber kewangan hanya dari sebelah pihak. Memang parah sikit lah. Namun, buat masa nie, kami x pernah lagi ada masalah kewangan. Perbelanjaan mencukupi. Mungkin sebab anak baru seorang kan. So belanja x ada lah besar sangat. Kalau anak dah 3@4 lain cerita lah.
Kadang-kadang panas jugak telinga bila jumpa orang@member-member dok tanya, "..kerja kat mana?" Aku selamba je jawab "..kerja kat rumah." Ahaks amik kau. Aku tahu ada lebih dan kurangnya bila jadi surirumah sepenuh masa. Tapi bila dipikirkan tentang ganjaran yang x ternilai bila isteri menguruskan rumahtangganya tanpa bantuan orang lain, pasti ramai wanita diluar sana yang akan memilih untuk menjadi SAHM. Betul tak?So aku mintak maaflah seandainya entry aku nie x sedap dibaca. Huhuhu dah lama x mengarang la katakan. Tu yang abis hilang segala skill yang aku pelajari dulu. *wink*
Aku doakan kepada sesiapa yang nak jadi SAHM, semoga Allah makbulkan hajat kalian. AMIN....

Tuesday, January 5, 2010

Dah Tumbuh Gigi

7 bulan baru tumbuh gigi
Ummi baru perasan malam semalam
Tak sengaja letak jari kat mulut adik
Ummi rasa ada benda tajam
Wahh!!! dah ada gigi
Berbeza dengan abang, tumbuh gigi masa umur 5 bulan
7 bulan dah ada 4 batang gigi
Cuma ummi harap adik jangan suka menggigit ye sayang
Kalau tidak, adoiiii la jawabnya

Monday, January 4, 2010

Permata Hati Hamba

dah duduk, nak bangun pulak si afiq nih!!!

ishh ishh awat senyum macam tu sayang?


" mana abi, ummi??? adik letih arrr.."


alhamdulillah dah sihat dah anak ummi nie. so leh nakal2 lagi lah kan sayang...





Thursday, December 31, 2009

Back Home

Sungguh berbunga-bunga hati aku hari nie sebab dah balik ke rumah setelah 5 hari aku tinggalkan. Bukan sengaja tapi bersebab yang memang x dapat dielakkan lagi. Wah-wah beriya2 nak bercerita nie. Tapi, hehehe cam biasa lah, akan aku tangguhkan dulu. Penat x hilang lagi, ditambah melihat rumah yang dah macam baru lepas kena ombak tsunami. Uwaaaa nak menangis rasanya..

Saturday, December 26, 2009

No Tajuk

Boring!
Boringg!!
Boringggg!!!

Tuesday, December 8, 2009


Semalam aku+cik hubby buat operasi tergempak. Jeng jeng jeng..... Apa dia ek? Haaa operasi botakkan kepala abang Ammar. Huuuu macam biasa la memang mencabar betul. Nak dijadikan cerita, Abi ajak Ammar mandi. Amboi bukan main xcted lagi budak tu bila diajak mandi. Terus mengekor Abi ke bilik mandi. Hehehe seronok nak main air la katakan. Dia tak tahu padahal Abi+Ummi nak potong rambut dia. Bila Abi start potong rambut guna mesin yang selalu kedai gunting rambut guna tu lah, bermulalah adegan airmata. Dok uwaaa uwaaa sepanjang proses botakkan kepala budak tu haa. Peranan aku, kena pegang kedua-dua tangan Ammar. Takut dia tepin mesin tu, x pasal2 jadi kes lain pulak. Dalam masa tu, aku nie dok pujuk-pujuk la supaya stop nangis. Ya Allah memang mennagis sungguh sampai mengigil2 badan dia. Kesian gak aku tengok. Tapi nak buat macam amana kan, kalau gunting di kedai, lagi x sanggup aku tengok. Kang x pasal2 jadi tontonan orang ramai pulak. Apa ke halnya ada budak meraung dalam kedai gunting rambut tu nanti. Lepas selesai operasi tu, aku mandikan dia. Mujurlah Afiq tengah tido, kalau idak, lagi kelam kabut aku dibuatnya. Huuuuu tapi wa manyak sedey lor, hubby gondolkan terus kepala Ammar. Langsung x ensem aku tengok. Uwaaa uwaaa ( aku pulak yang menangis ).


Gelagat ammar slps dibotakkan, tangan dok gesel2 kat kepala. Geli la tuh. Hehehe



Tuesday, December 1, 2009

Ulangtahun Kelahiran Ammar Yang Ke-2

Sepatutnya aku buat entry nie semalam, tapi dek kerana kebizian aku (betul sangat la tuh!! ), so aku buat pagi nie. Hehehe kalau buat petang nanti, gamaknya memang xkan buat punya lah.

Semalam 1 Disember 2009 genaplah usia anak sulungku, Ammar 2 tahun. Sekejapnya masa berlalu. Tup-tup Ammar dah 2 tahun. X berasa langsung. Alhamdulillah aku bersyukur sangat dikurniakan anak bernama Ammar ini. Biarpun sekarang aku dalam kerisauan sebab Ammar still lagi x boleh bertutur Dalam bahasa melayu ( still cakap bahasa yang orang x boleh paham ), namun aku x putus berdoa agar Ammar jadi seperti kanak-kanak lain. Hati ibu mana yang x resah dengan keadaan anak yang begitu. Macam dulu aku risau Ammar dah setahun lebih tapi x leh berjalan lagi. Alhamdulillah dalam usianya 16 bulan, dia boleh berjalan macam kanak-kanak lain. Sekarang dah berlari, melompat-lompat. Aku bersyukur sangat-sangat.

Tahun nie macam tahun lepas jugak, x bagi apa-apa pun kat Ammar. Cuma malam raya aidiladha yang lepas, sempat la kami sambut birthday Ammar kat rumah kakak aku. Ramai, meriah la sikit. Itupun Ammar buat x tahu je. Suruh potong kek pun x nak, sebab nak main. last-last aku jugak yang potong (hehhehe macam birthday aku la pulak ).

So korang layan je lah gambar-gamabr di bawah ini ye. Ok see again....

Ammar bersama ummi tersayang

Tengok lah x nak duduk diam budak Ammar nie. Ishh ishhh!!

Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidiladha

Salam semua,

Di sini kami sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada mereka yang mengenali kami. Kami jugak ingin menghulur kemaafakn seandainya ada salah dan silap,sengaja atau tidak sengaja. Jutaan kemaafan kami harapkan.

Tahun nie kami beraya di GERIK PERAK (rumah my sister). Saja nak berubah angin beraya di sana pulak.

note:- maaf ucapan terlalu pendek coz kesuntukkan masa. Barang x packing lagi. Huhuhuhu

Tuesday, November 17, 2009

Bukan Tak Nak!!!

Sekarang nie memang payah sikit nak update blog. Oh banyak sungguh dugaannya selain penyakit 'M' nie x reda-reda lagi melanda diri ini. Korang nak tahu ke? Kalau x nak tahu pun, aku akan tetap bagitahu jugak. Hahahaha

Actually laptop kesayangan aku nie wat hal. Key 'space' x makan. Jenuh la nak menaipnya coz kena press kuat baru mau jalan. Sakit tangan ooooo. Jadinya memang azab la kalau nak update citer panjang-panjang. Apa-apa pun, aku cuba jugak la ye. Lagipun kan 'rumah baru', kalau kosong je ( bersawang ) x syok jugak kan kan.

Minggu lepas minggu yang memenatkan bagi....cik abang. Hehehe bukan aku tau. So nak dipendekkan citer, hari jumaat keje macam biasa la. Lepas tu kejap pukul 8 pm. Setengah jam pastu pegi pulak keje sampai pukul 8 am besoknya. Bayangkan my hubby x tido 24 jam. Kesian kan.

Dan yang sebenarnya kami dah plan nak balik kampung jumaat malam tu. So aku dah packing beg la. Tunggu punya tunggu, hubby x balik gak. Pagi sabtu baru kami balik. Kat kampung pun hubby dapat tido 2 jam saja. Petang tu jugak kami balik SP. Disebabkan keje x settle lagi, hubby masuk keje pulak pukul 12 am until 8 am hari ahad. Lagilah aku kesian kat dia coz 2 hari keje x berenti. Tido 2 jam je.

Akibatnya hari isnin, hubby amik mc coz penat sangat sebab x cukup tido. Memang cik abang tu qada' cukup2 tidurnya.:) Anak-anak pulak x banyak ragamnya sebab dah biasa siang malam dengan ummi je. Dalam dok penat-penat tu, sempat jugak lah perabih duit untuk beli barang keperluan rumah mahupun untuk diri sendiri. Yang syoknya sapa lagi budak berdua tu la. Sehari mesti kena bawak gi jalan-jalan, kalau idak, mulalah buat perangai terutama si abang tu. Si adik pun dah mula menunjukkan peel yang suka berjalan-jalan naik car tu. Aduhaii