Showing posts with label Afiq. Show all posts
Showing posts with label Afiq. Show all posts

Sunday, March 21, 2010

Banyak Cerita

Sudah bersawang-sawang blogku ini. Terasa aku memang dah abaikannya hinggakan jarang-jarang sekali aku menjengahnya. Huuuu ke mana perginya kerajinanku dulu yang selalu meng'update' di teratakku ini?? Ke mana? Ke mana?? Oh! aku sendiri tidak dapat mencari jawapannya.

Udah, apa pulak yang aku merepek nih?? Ok ok cepat cerita apa yang nak diceritakan tadi. (masa tgh sibuk clearkan sinki, dlm fikiran terdetik utk berblogging seketika. hehehe sempat lagi tuh.:P)

Balik Kampung

Memandangkan minggu lepas cuti sekolah +urusan keluarga, aku bersama ammar+afiq tinggal di rumah kembarku. Petang Isnin, cik hubby hantar kami ke Parit Buntar. Seronok x kiralah berbudak tu dapat pegi rumah acu na. Ammar memang manja dengan paksunya. Sampaikan paksu nak pegi kerja pun dia nak ikut sama. Afiq pulak seronok bermain dengan sepupunya Alya. Ini ada kisah tentang afiq, jap lagi aku citer k.

Rabu pagi, kami bertolak ke Gerik. Kami berkumpul 10 beradik di rumah kakak sulungku. Tengahari dapatlah makan besar bersama-sama dan lauknya semuanya ikan. Ikan fresh lagi tau. So memang sedap lah. Terasa sukar dapat berkumpul sebegitu selepas ketiadaan bonda tercinta. Lagipun semuanya sudah berkeluarga. Tak lama di Gerik, malam tu jugak kami berangkat pulang. Pukul 12 mlm baru sampai rumah n terus zzzzzz.

Malam Jumaat, cik hubby amik kami coz nak balik Batu Kurau. Dekat 2 bulan aku dengan anak-anak x dapat balik sebab kesihatan anak-anak kurang sihat. Kalau apa-apa hal, cik hubby balik sorang je. Kali ini Alhamdulillah anak-anak dapat berjumpa dengan tok+tokwannya. Lagipun aku tahu MIL+FIL terlalu rindukan cucu2nya. Ammar+afiq sudah tiada atok+tokwan (mak+ayahku) jadi tinggal tok+tokwan (sebelah cik hubby) tempat diaorang menumpang kasih sayang. Kesian anak-anakku.

Kami balik pun x lama sebab ahad, cik hubby ada kerja. So petang sabtu, kami bertolak balik ke SP. Sementara tu, sempat jugaklah aku bertemu dengan ex-huosemate aku di Taiping. Lagipun kawanku ini belum pernah ketemu dengan afiq. Lepas tu, kami pusing2 bandar taiping+singgah ke tesco taiping jap (kalau tak pegi, ammar merajuk pulak nanti.:P) Lewat malam baru sampai SP+dalam perjalanan hujan lebat+rest jap sebab driver mengantuk.


Ammar

Dah lama x cerita pasal ammar kan. Alhamdulillah sekarang nie aku dah boleh harapkan dia. Dah boleh ikut apa yang kita sebut. Kekadang terkuar dari mulutnya sebut nama afiq. bila aku kata bird, dia sebut be, ammar jadi ama, huruf 'r' dah hilang. Hehehehe.


Dah faham arahan dah sekarang nie. Aku bersyukur sangat2 walaupun pertumbuhannya agak lambat sikit, tapi kini aku boleh menarik nafas lega sebab dia dah x nakal macam dulu lagi. Cuma kalau nak susu, still bagi botol kat aku lagi. Bila aku suruh sebut "nak susu", dia buat x tahu je. Ish ishh budak nih!!


Afiq

Si adik kini nak amsuk 10 bulan. Lagi 2 bulan genap setahun umurnya. Sekejap betul rasanya sudah besar anak ke-2 ku ini. Adik memang bertubuh sungguh. Walaupun x kuat makan, tapi kuat menyusu. Pipinya makin tembam. Bila tengok muka dia, eeee geram je rasa. Nak cubit2 pipi tu. Sudah boleh berdiri+meniti kat dinding. Cepat sikit dari si abang. Tapi lebih buas dari abangnya.


Suka memanjat badanku kalau aku tengah baring. Dan yang paling terkini, adik sudah pandai membuli ( macam kejam je perkataan nih kan.:)) Sepupunya alya+farah(sebaya dgn ammar) cukup takut dengan adik. Ye lah dia berbadan besar, so suka betul buli budak yang berbadan kecil. Kekadang si abang pun jadi mangsa. Dia suka tengok gambar baby dan aku rumuskan dia nih memang sukakan baby. Bila tengok gambar baby je, senyum+ketawa keriangan. Suka sungguh dia tau.

Saturday, February 27, 2010

Wednesday, January 20, 2010

Dah Boleh Start Kereta

Yeaayyyy!!!
Gumbira hati ummi sebab adik dah boleh merangkak.
Walaupun adakalanya adik 'terbabas', adik bangun+cuba lagi utk merangkak.
Sekarang adik dah boleh tawaf ruang tamu, masuk bilik sendiri.
Huuuu tapi ummi kena sentiasa awasi adik lah, takut2 jadi apa2 kat adik.
Adik dah boleh 'join' abang main kereta mainan.
Syoknyeeeee
Badan adik makin debab ummi tengok.
Kekadang tu sampai lenguh jugaklah tangan ummi dukung adik.
Tapi x aper, asalkan adik sihat kan kan...

Abang pulak sekang nie dah boleh sebut perkataan yang mudah2.
Contohnya go, teco (tesco), ummi, one, two, three ( ready utk lompat )
Memang sekarang ummi risau dengan abang.
Sebab abang dah nak amsuk 2 tahun 2 bulan dah.
Dari segi berkomunikasi tu, abang still macam x nak lagi.
Belum pandai untuk mintak itu, ini.
Huuuuu apa yang harus ummi buat???
Ummi x putus berdoa agar abang seperti kanak2 seusia dengan abang.
Ya Allah Engkau bantulah aku dalam mendidik anak2ku ini ya Allah....

Tuesday, January 5, 2010

Dah Tumbuh Gigi

7 bulan baru tumbuh gigi
Ummi baru perasan malam semalam
Tak sengaja letak jari kat mulut adik
Ummi rasa ada benda tajam
Wahh!!! dah ada gigi
Berbeza dengan abang, tumbuh gigi masa umur 5 bulan
7 bulan dah ada 4 batang gigi
Cuma ummi harap adik jangan suka menggigit ye sayang
Kalau tidak, adoiiii la jawabnya

Monday, January 4, 2010

Permata Hati Hamba

dah duduk, nak bangun pulak si afiq nih!!!

ishh ishh awat senyum macam tu sayang?


" mana abi, ummi??? adik letih arrr.."


alhamdulillah dah sihat dah anak ummi nie. so leh nakal2 lagi lah kan sayang...





Tuesday, November 17, 2009

Bukan Tak Nak!!!

Sekarang nie memang payah sikit nak update blog. Oh banyak sungguh dugaannya selain penyakit 'M' nie x reda-reda lagi melanda diri ini. Korang nak tahu ke? Kalau x nak tahu pun, aku akan tetap bagitahu jugak. Hahahaha

Actually laptop kesayangan aku nie wat hal. Key 'space' x makan. Jenuh la nak menaipnya coz kena press kuat baru mau jalan. Sakit tangan ooooo. Jadinya memang azab la kalau nak update citer panjang-panjang. Apa-apa pun, aku cuba jugak la ye. Lagipun kan 'rumah baru', kalau kosong je ( bersawang ) x syok jugak kan kan.

Minggu lepas minggu yang memenatkan bagi....cik abang. Hehehe bukan aku tau. So nak dipendekkan citer, hari jumaat keje macam biasa la. Lepas tu kejap pukul 8 pm. Setengah jam pastu pegi pulak keje sampai pukul 8 am besoknya. Bayangkan my hubby x tido 24 jam. Kesian kan.

Dan yang sebenarnya kami dah plan nak balik kampung jumaat malam tu. So aku dah packing beg la. Tunggu punya tunggu, hubby x balik gak. Pagi sabtu baru kami balik. Kat kampung pun hubby dapat tido 2 jam saja. Petang tu jugak kami balik SP. Disebabkan keje x settle lagi, hubby masuk keje pulak pukul 12 am until 8 am hari ahad. Lagilah aku kesian kat dia coz 2 hari keje x berenti. Tido 2 jam je.

Akibatnya hari isnin, hubby amik mc coz penat sangat sebab x cukup tido. Memang cik abang tu qada' cukup2 tidurnya.:) Anak-anak pulak x banyak ragamnya sebab dah biasa siang malam dengan ummi je. Dalam dok penat-penat tu, sempat jugak lah perabih duit untuk beli barang keperluan rumah mahupun untuk diri sendiri. Yang syoknya sapa lagi budak berdua tu la. Sehari mesti kena bawak gi jalan-jalan, kalau idak, mulalah buat perangai terutama si abang tu. Si adik pun dah mula menunjukkan peel yang suka berjalan-jalan naik car tu. Aduhaii

Thursday, November 5, 2009

Update Afiq @ 5 Mos




-gelagat adik masa mula2 pandai meniarap. hehehe comel sungguh si bam bam ummi niee....-